Monday, 15 August 2016

Impian dan Harapan dari Al Fateh

Assalamualaikum.....

         Kepada pembaca semua yang belum mengenali Maahad Tahfiz Alfateh Jalan Kebun pastinya tertanya-tanya apa dan siapa dia pengasas pondok tahfiz ini. Kalau hendak tahu, Maahad Tahfiz Alfateh ini diasaskan oleh Ust. Mohd Zawawi selaku pengasas tahfiz Alfateh Jalan Kebun. Beliau adalah seorang trainer consultant yang berwawasan luas dan mempunyai visi. Anak kampung Jalan Kebun ini sudah berkeluarga dan mempunyai lima orang anak lelaki. berkelulusan universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang bahasa arab dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang kaunseling. Mempunyai pengalaman sebagai seorang guru selama 10 tahun. Kemudian berhenti dan menjadi seorang full trainer.


         Ada asap kerana ada api. Wujudnya tahfiz Al fateh juga pasti ada penyebabnya. Apabila ditanya, jawapannya cukup penuh visi dan ambisi. Mungkin ramai dari kita yang mengenali sesosok figur tauladan yang diberi nama Sultan Muhammad Alfateh. Nama tahfiz diberi bercirikan sosok ini kerana beliau adalah seorang pemuda yang berani, mahir, seorang hafiz, rajin beribadah,dan mempunyai jiwa seorang pemimpin. Ini adalah ciri-ciri yang hendak diterapkan kepada anak didik di tahfiz tersebut, ujar beliau.
    
         Walaupun disebut tahfiz, bukan berarti pelajarnya hanya melakukan kegiatan hafalan. Tetapi mereka juga mempunyai pembelajaran tambahan seperti mempelajari bahasa Arab, Inggeris, tadabbur al-Quran, communication skill, dan banyak lagi. Mereka juga banyak didedahkan dengan aktiviti luar seperti bersilat, menghadiri kursus, gotong-royong dan lain-lain.

      Jumlah anak didik yang sedang menuntut sekarang berjumlah 16 putera dan 20 puteri. Walaupun jumlahnya masih sedikit, tahfiz ini tetap harus berjalan. Memang perjalanan ilmu itu susah, tetapi bagi yang ikhlas dan mahu menuntut ilmu, semua itu tidak apa kerana dia tahu itu adalah yang terbaik bagi dirinya. Banyak ulama' dan pejuang kebenaran yang dipenjara, tetapi kata 'putus asa' tidak ada dalam kamus hidup mereka. Moga dengan ini Maahad Tahfiz Alfateh akan terus maju, makmur dan barokah.Amin. Nantikan kisah suka-duka tahfiz Alfateh di lain waktu.


Pelajar putera Alfateh

      


No comments:

Post a Comment