Saturday, 11 February 2017

DOA'KU MENJADI HAFIZ AL QURAN



"Doa adalah senjata mukmin". Begitulah bunyinya ungkapan keramat yang biasa kita dengar dari tuan guru dan ustaz yang mengajarkan kita tentang ilmu berdoa. 

Berdoa itu adalah satu permohonan hajat dari seorang insan yang bertaraf hamba kepada tuanya yang di panggil ALlah , Tuhan sekelian alam.

"Berdoalah kepadaku, pasti Aku akan respon" - begitulah tunjuk ajar Tuhan kepada insan untuk mencapai sesuatu impian atau ketika diuji dengan berbagai ujian hidup.

sebagai seorang insan yang diamanahkan untuk menhafaz al Quran, pastinya ini satu tugas besar dan sangat berat untuk dilaksanakan. Ia memerlukan keazaman yang tinggi, usaha yang bersungguh-sungguh dan pengorbanan yang besar untuk mencapainya.

Kami di Al Fateh Jalan Kebun menggunakan pendekatan yang tersendiri untuk memastikan impian dan cita-cita untuk menjadi hafiz Al Quran akan menjadi satu kenyataan.

Al Quran adalah satu mukjizat Allah yang diturunkan kepada ke kasihNya iaitu Muhammad yang dipilih menjadi utusanNya . Pastinya al Quran penuh dengan kelebihan dan banyak rahsia yang tidak diketahui oleh manusia yang lemah ini.

Al Quran diturunkan kepada baginda Rasul dengan penuh kasih-sayang dan kelembutan. Diturunkan berperingkat-peringkat dan bertahap supaya baginda Rasul SAW dan sahabatnya dapat menerima dan memahami seluruh kandungan ayat-ayat suci al Quran dengan baik.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga anak-anak kita dan kita juga mampu untuk menghafaz Al Quran. 

" Ya Allah , aku memohon kepada Mu semoga usaha aku ini untuk menghafaz al Quran dipermudahkan. Jauhilah daripada segala godaan dan bisikan syaitan laknatullah. Aku ikhlas dan redha untuk menjadi penghafaz Al Quran. Amiin."



No comments:

Post a Comment