Dalam perjalanan ke Pondok Moden Gontor di Ponorogo, kami menziarahi seorang sahabat lama yang pernah kami kenali di al Azhar Mesir iaitu Ustaz Yoni Wahyudi ( Berjambang ). Beliau seorang anak muda yang bersemangat tinggi dan sentiasa ceria, sangat suka berbagi ilmu dan pengalaman.
Beliau kini sedang mengusahakan tanaman buah Tin dan Kedai makan.
Tag line kedai makannya HARGA KAKI LIMA, RASA BINTANG LIMA ..mantoub Pak Ustat!Belia menjadi teman perjalanan sekaligus sebagai supir sepanjang musafir kami ini..Syukran ya akhi..
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pondok 'Isy Kariman di Karangpandan, Solo. Kami bertemu dengan seorang lagi ilmuan muda yang gigih membangun sebuah institusi pendidikan yang hebat dipinggir kawasan pergunungan. Permandangan sekitar dan suasananya sangat indah dan udaranya begitu nyaman sekali. Lokasinya tidak jauh dari objek wisata ,Air terjun Grojokan sewu ."Hanya beberapa minit sahaja dari Pondok " Kata Ustaz Shihab .
"Ustaz Shihabuddin ( berbaju putih ) bersama temannya al marhum Ustaz Badruttamam dan lainnya berkorban masa, tenaga dan segalanya untuk membangunkan institusi hingga jadi seperti ini" Kata seorang santri yang kami temui.
" Disini, selain menghafaz Al Quran , kami juga memperkenalkan aktiviti sunnah seperti berkuda dan memanah. Waktu rehat dan hujung minggu santri akan digunakan untuk menunggang kuda dan berlatih memanah" ujarnya lagi.