Sudah lima hari di Maahad kami tiada air kerana kata Syabas ada paip pecah yang besar di Kawasan PJ. Kami terpaksa mengangkut air dari Jalan Kebun dengan menggunakan kuda besi . Pada hari khamis yang lalu hujan lebat dan ribut melanda. Air turun mencurah-curah. Hari ini juga, hari sabtu, hujan turun lagi mencurah-curah. Tetapi air dipaip masih tidak keluar-keluar juga.
Aduan kepada puspel sudah dibuat tapi masih belum ada perubahan positif. Tekanan rendah katanya. Akhirnya anak-anak al fateh ( lelaki ) terpaksa balik rumah untuk mengurangkan tekanan hidup tanpa air.
Begitulah manusia ketika berdepan dengan ujian . Hati yang sabar dan redha pastinya dapat menghadapi segala kesulitan dengan hati yang tenang dan tidak keluh kesah. Segala kepayahan dan ketidak selesaan dihadapai dengan penuh kesabaran. Mulutnya tidak merungut dan sentiasa menyalahkan takdir dan semua perkara yang berlaku adalah atas ketentuan ALlah SWT.
Bagaimana kita pula respon dan reaksi kita ketika berdepan dengan ujian Allah ?
No comments:
Post a Comment