Saturday, 18 November 2017

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2018

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MAAHAD TAHFIZ AL FATEH JALAN KEBUN TELAH MEMBUKA PENDAFTARAN UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR BARU UNTUK 2018 

SYARAT KEMASUKAN 

1. Mampu membaca al Quran dengan baik dan lancar
2.Mempunyai azam dan kesungguhan untuk menghafaz Al Quran
3. Lelaki sahaja
4.Usia minimum 12 tahun


SISTEM PENDIDIKAN 

Sistem pendidikan kami adalah unik. Disamping menghafaz Al Quran pelajar akan diajar dengan pelajaran Bahasa Arab dan Bahasa inggeris . Pelajar akan didedahkan dengan program mandiri dan survival hidup untuk melatih kepimpinan diri dan membangun potensi diri.

Pembelajaran dan kefahaman Islam disampaikan  secara amali dan praktikal .

 Penekanan pembelajaran adalah kepada pembinaan akhlak , sahsiah diri dan kepimpinan .



SISTEM HAFAZAN

Bacaan Al Quran - 3 bulan
Hafazan Al Quran - 3 Tahun

Pelajar yang telah tamat Hafazan akan meneruskan pengajian SPM
SPM - 2 tahun


KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH

PROGRAM INTENSIF SEMPENA CUTI PANJANG UNTUK ANAK-ANAK LELAKI ANDA .


KEM TAHFIZ AL FATEH 
TARIKH  : 5-20 DISEMBER 2017 
MASA   PENDAFTARARAN : 9.00 PAGI ( 5 DISEMBER )
USIA : 12 - 15 TAHUN
LELAKI SAHAJA

KANDUNGAN PROGRAM 

- Hafazan ayat dan surah pilihan
- Pengukuhan & Pemantapan Solat
- Motivasi & pembangunan jatidiri
- Pengembangan potensi diri
- riadah dan rekreasi


OLEH KERANA TEMPAT TERHAD, SILA SAHKAN PENDAFTARAN ANAK ANDA SEGERA .



PENDAFTARAN

WhatsApp / Telegram :
Us MOZAM : 019 333 9871
Ustzh Hazlina : 013 236 4175



Friday, 17 March 2017

LELAKI PUN PANDAI MEROTI

BENGKEL BAKERI 1.1 - BANIN
4 MAC 2017 
*****************************

Bagi memenuhi permintaan, Bengkel Bakeri untuk anak-anak lelaki turut diadakan di Maahad Tahfiz al Fateh. Bengkel ini dikendali oleh Chef Lin bersama suaminya En Khairul Salleh.  

Program ini juga sebahagian dari sukatan ko kurilulum di al Fateh dalam usaha untuk malahirkan Hafiz Mandiri 




Anak-anak lelaki juga 'tak kalah gaya' ketika menghasilkan roti pizza mereka . Mereka sangat teruja melihat roti menggelembung dan mengembang dan memberikan aroma sensasi roti yang enak sekali. 


Hasilnya ; roti pizza yang sedap.. wallah..




NOTA : Ibubapa dan sesiapa sahaja insan yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman bersama-sama anak-anak kami di sini sanagat dialu-alukan.


Pesan Rasul, 3 perkara yang akan menjadi talian hayat kita di akhirat nanti  iaitu ; Doa anak yang saleh, ilmu yang diajarkan dan sedekah jariah yang diberikan .








BENGKEL BAKERI BERSAMA CHEF LIN

BENGKEL BAKERI BERSAMA CHEF LIN
5 MAC 2017 
MASJID AN NAIM JALAN KEBUN

anak-anak al Fateh - Banat telah dikirim ke masjid an Naim untuk mengikuti Bengkel Bakeri yang dikendalikan oleh Chef Lin. Program anjuran Lajah muslimat Masjid An Naim ini juga disertai oleh 20 orang serikandi masjid an naim . 

Mereka begitu teruja dengan pengalaman baru menguli roti bersama teman-teman di masjid ini. Apa yang lebih mengujakan ialah apabila melihat roti yang diuli sendiri itu kembang dan menghasilkan aroma enak yang kemudiannya mereka makan bersama-sama dengan kuah kari yang telah disiapkan oleh Chef Lin.


NOTA : Chef Lin adalah seorang pengidap kanser dan merupakan salah seorang ibu kepada pelajar di Mahad Tahfiz Al Fateh. Mohon doanya semoga dia segera pulih dan tanah menghadapi ujian ini. 





PROGRAM JATI DIRI AN NAIM UJI KEUPAYAAN DIRI

KEM JATIDIRI AN NAIM 2017
17-19 MAC 2017
KEM HULU TAMU, HULU YAM, HULU SELANGOR
( 3 KALI HULU TUU... )

Sempena Cuti pendek persekolahan ini, seramai 6 orang anak-anak al Fateh - Banin telah dikirim ke program ini untuk memantapkan lagi kupayaan dan memperkaya pengalaman mereka bersama-sama dengan remaja lain. Program seperti ini perlu diberikan kepada anak-anak remaja untuk memberikan mereka pengalaman dalam pembentukan sikap, cara berfikir, semangat kerja dalam kumpulan, kemahiran soft skill dan sebagainya. Program ini adalah anjuran Kelab Sukarelawan An Naim Jalan Kebun.

DOA : Semoga mereka menjadi insan hebat dan unggul seperti Sultan Muhammad Al Fateh.. Aaamiiiin 



Program pengukuhan kerohanian melalui ibadah Solat. Mereka diberi penerangan dan latihan amali untuk memastikan mereka menjiwai dan merasai kamanisan beribadah kepada Allah SWT.



PERMUKIMAN QIADAH AL FATEH 3.1 - LIL BANAT

PERMUKIMAN QIADAH AL FATEH 3.1 - LIL BANAT
6-7 MAC 2017 - ISNIN - SELASA
MAMA MOUNTAIN COTTAGE C BRINCHANG, CAMAERON HIGLAND




Kini tiba giliran anak-anak perempuan - al Fateh lil banat untuk mengikuti Program Permukiman Qiadah Al Fateh 3.1 di sini.

Oleh kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan maka program ini dipadatkan menjadi dua hari. 



KulTim bersama anak-anak remaja dari Desa Kayangan. Ada dari kalangan penduduk di sini adalah dari keturunan Orang Asli dan beragama Islam. Mereka adalah generasi baru yang perlu diasuh dan dididik dengan nilai dan ilmu yang berlandaskan syariat yang benar. 



Aktiviti kerohanian seperti Solat berjemaah, bacaan Yasin, selawat, zikrullah dan perkongsian ilmu dalam KulTim adalah aktiviti utama sepanjang permukiman di sini. Semuanya dikendalikan oleh anak-anak al Fateh dengan seliaan guru pembimbing.

Semoga pengalaman dan pendedahan kepada masyarakat akan menambahkan ilmu dan memantapkan lagi jatidiri anak-anak al Fateh menjadi Hafiz Mandiri yang unggul.
 Aaamiiiiinnn..

KELAB MEMANAH SERIKANDI AL FATEH



PEREMPUAN JUGA BOLEH MEMANAH

Anak-anak al Fateh - banat juga diberi kesempatan untuk menguji kemahiran mereka menggunakan panah. Ternayata keupayaan dan prestasi mereka tidak kalah dengan anak lelaki bahkan ada yang mampu mengatasi mereka dengan bidikan tepat di tengah bulatan.


Jadual memanah untuk banat ialah pada Hari Ahad minggu ke 2

# KAMI MENGALU-ALUKAN SESIAPA YANG INGIN  BERINFAQ DAN BERWAKAF SET PANAH UNTUK KEGUNAAN MEREKA BERLATIH.
HUBUNGI : 019 333 9871 




PERMUKIMAN QIADAH AL FATEH 3.0 UJI KEUPAYAN DAN KETAHANAN

PERMUKIMAN QIADAH AL FATEH 3.0

KAMPUNG DESA KAYANGAN, BRINCHANG, CAMAERON HIGHLAND, PAHANG
20-22 FEB 2017

NOTA : Desa ini adalah desa paling dingin di Semenanjung Malaysia - 16c -27c dan desa tertinggi di Malaysia kerana terletak hampir dengan puncak Gunung Brinchang.

Lokasi penginapan kami ialah di MAMA MOUNTAIN COTTAGE.
Istimewanya tempat ini ialah layanan mesra tuan rumah iaiti EN FIRDAUS DAN MAMA YONG.
Mereka sangat mengalu-alukan dan menerima kami untuk mengadakan program di sini.  
yang bagusnya, kami boleh menginap di sini pada hari Isnin - Khamis shj dengan PERCUMA.

DOa : Semoga Allah memberikan kurnia dan nikmat yang melipah ruah kepada mereka sekeluarga.



Program kepimpinan ini di isi dengan perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan mereka.  Dengan cara ini mereka dapat mempelajari tentang jatidiri seorang hafiz dan membina karekter dan watak peribadi seorang hafiz. 



Bagi memantapkan lagi jatidiri dalaman, mereka ditugaskan untuk mengimarahkan surau kecil yang baru siap dibina oleh masyarakat di sini. Antarnya ialah membaca yasin, solat hajat dan KulTim. Mereka juga dijemput untuk bertahlil dan yasin di rumah salah seorang penduduk Desa Kayangan. 



Bagi menguji keupayaan survival dan mandiri , mereka ditugaskan untuk menyediakan BBQ-DIY dalam masa 90 minit. juadah ini akan menjadi makan malam kami. Resepi masakan adalah ciptaan mereka sendiri. Ternyata hasilnya, fuhh...mantoub !! Sedap sekali ..!
Terima-kasih Us Khuzaifah..


Kami meredah kedinginan pagi untuk menawan puncak Brinchang. Ujian bermula apabila laluan naik ke puncak telah runtuh dirempuh air besar. Oleh kerana ada anggota kumpulan banin ini ada yang bersaiz xxxl makan ujian mendaki mememrlukan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu untuk tiba di pucak. Malangnya, kami perlu turun lebih awal kerana kekangan masa. ada beberapa aktiviti yang perlu dilakukan dan insya Allah kami akan kembali lagi dengan persiapan yang lebih rapi dan masa yang secukupnya.


En Hisham dan Isterinya Puan Izoura adalah pemilik Restoran Rasa Sayang yang terkenal di Tanah Rata ini. Restorannya menyediakan sarapan pagi dan menu yang paling sedap ialah roti canainya yang lembut dan rangup. Sebelah malam pula, ada menu seafood. Resto ini sentiasa penuh terutama pada cuti am dan cuti hujung minggu kerana keenakan masakannya. Mereka ini adalah antara insan mulia yang memuliakan anak-anak tahfiz dengan memberi mereka makan minum sebagai amal jariah . Kebetulan mereka juga tinggal di Desa Kayangan dan antara orang kuat di desa tersebut.

DOA : Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan keluarga yang bahagia dunia akhirat.



AIR SEJUK DAN PANAS DI SUNGAI KUALA WOH

KUALA WOH, PERAK 20 Febuari 2017 ;-

Anak-anak Al Fateh - Banin yang mengikuti Permukiman Qiadah Al Fateh 3.0 singgah di Kuala Woh, Perak. Perjalanan panjang menempuh kelok seribu di Banjaran Titiwangsa memberikan cabaran kepada yang tidak biasa dengan aktivti lasak dan mencabar.

Setelah penat menekuni pengajian menadah ilmu, tiba masanya untuk kita merehatkan minda dan tubuh kita supaya lebih segar dan cergas. Kedinginan air sungai Kuala Woh ini memberikan kesegaran dan kenyamanan kepada tubuh lesu dan penat ini.

Luarbiasnya di sungai ini , ada air panas yang mengalir dari perut bumi dan bercampur dengan air dingin  menjadikan suatu keajaiban yang unik dari ciptaan Allah SWT.

Kawasan perkelahan ini terjaga bersih dan banyak kemudahan disediakan. Sebagai balasan, anda diminta menyumbang Rm2 seorang untuk penyelenggaraan taman rekreasi ini. Kalau pelajar sekolah anda dapat diskaun 50% lagi.





KELAB MEMANAH AL FATEH DITUBUHKAN




KELAB MEMANAH AL FATEH 

Kelab Memanah Al Fateh telah ditubuhkan pada 19 Febuari 2017 . Tujuan penubuhan kelab ini ialah untuk memberikan pengalaman kepada generasi muda tentang aktiviti sunnah yang dapat melatih ketajaman mata dalam memberikan tumpuan dan fokus.

fokus amat penting dalam aktiviti hafazan. Dalam pemerhatian kami, perlajar yang mempunyai daya tumpuan yang tinggi aan lebih cepat dapat menghafaz al Quran dengan lebih cepat dan pantas. Mungkin perlu kajian dan pembuktian yang lebih ilmiah lagi. Namun begitu , riadah yang masih baru ini dapat menarik minat anak-anak muda untuk bergiat lebih aktif dalam aktivtii kecergasan.

Kami masih memerlukan set memanah untuk kegunaan remaja dan anak-anak muda mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah. Jumlah set panah yang terhad menjadikan aktiviti ini tidak dapat dilakukan dengan lebih kerap kerana terpaksa bergilir-gilir menggunakannya.

Membina geneasi muda yang unggul dan berakhlak mulia adalah tanggungjawab kita bersama. Mereka adalah pewaris kita yang terbaik. Insya Allah..



Jika ada mana-mana pihak yang berminat ingin mewakafkan set busur panah bolehlah berhubung dengan   pihak kami. 

SET ASAS ( KUALITI BAIK ) : RM 500.00 

Saturday, 11 February 2017

DOA'KU MENJADI HAFIZ AL QURAN



"Doa adalah senjata mukmin". Begitulah bunyinya ungkapan keramat yang biasa kita dengar dari tuan guru dan ustaz yang mengajarkan kita tentang ilmu berdoa. 

Berdoa itu adalah satu permohonan hajat dari seorang insan yang bertaraf hamba kepada tuanya yang di panggil ALlah , Tuhan sekelian alam.

"Berdoalah kepadaku, pasti Aku akan respon" - begitulah tunjuk ajar Tuhan kepada insan untuk mencapai sesuatu impian atau ketika diuji dengan berbagai ujian hidup.

sebagai seorang insan yang diamanahkan untuk menhafaz al Quran, pastinya ini satu tugas besar dan sangat berat untuk dilaksanakan. Ia memerlukan keazaman yang tinggi, usaha yang bersungguh-sungguh dan pengorbanan yang besar untuk mencapainya.

Kami di Al Fateh Jalan Kebun menggunakan pendekatan yang tersendiri untuk memastikan impian dan cita-cita untuk menjadi hafiz Al Quran akan menjadi satu kenyataan.

Al Quran adalah satu mukjizat Allah yang diturunkan kepada ke kasihNya iaitu Muhammad yang dipilih menjadi utusanNya . Pastinya al Quran penuh dengan kelebihan dan banyak rahsia yang tidak diketahui oleh manusia yang lemah ini.

Al Quran diturunkan kepada baginda Rasul dengan penuh kasih-sayang dan kelembutan. Diturunkan berperingkat-peringkat dan bertahap supaya baginda Rasul SAW dan sahabatnya dapat menerima dan memahami seluruh kandungan ayat-ayat suci al Quran dengan baik.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga anak-anak kita dan kita juga mampu untuk menghafaz Al Quran. 

" Ya Allah , aku memohon kepada Mu semoga usaha aku ini untuk menghafaz al Quran dipermudahkan. Jauhilah daripada segala godaan dan bisikan syaitan laknatullah. Aku ikhlas dan redha untuk menjadi penghafaz Al Quran. Amiin."



BENGKEL TARANNUM REMAJA AL FATEH


Pihak Maahad Tahfiz al Fateh dengan kerjasama Masjid An naim Jalan kebun akan mengadakan program BENGKEL TARANNUM untuk remaja. Sasaran peserta untuk progran ini ialah para pelajar tahfiz Al Quran dan juga remaja yang mahir membaca al Quran.

Program ini dikendalikan oleh En Shahran Ahmad, seorang guru al Quran yang pernah menjadi qari peringkat daerah Klang dan juga menjadi juri dalam berbagai acara pertandingan tilawah al Quran.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan asas kepada remaja untuk mempelajari ilmu membaca al Quran dengan kaedah tarannum. Kemahiran ini penting untuk digunakan apabila mereka menjadi imam atau menjadi qari jemputan dan sebagainya.

Bengkel ini akan diadakan sebulan sekali di dewan seminar masjid an naim Jalan Kebun dari pukul 10.00 pagi - 11.00 pagi.

Pihak penganjur berharap program ini dapat melahirkan lebih ramai pelapis baru dalam bidang bacaan al Quran yang baik dan mengikut kaedah bacaan yang betul.

Monday, 23 January 2017

PROGRAM BANK MAKANAN

FOOD BANK PROGRAMME


======================
     BANK MAKANAN
Untuk Asnaf..
Fakir miskin 
Muallaf miskin 
Ar riqob 
Ibn Sabil 
===================
Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah Selangor dengan kerjasama Maahad Tahfiz AlFateh Jalan Kebun mengalu-alukan YBhg Dato /Datin Tuan /Puan /Saudara /ri untuk turut sama menjayakan program diatas.


Pakej A : Rm50
- Beras 5 kg
- Gandum 2 pek
- Gula 2 pek
- Meehoon 2 pekt
-Minyak goreng 2 pek
-Sardin 2 tin 

Pakej B : 30
- Ayam
- Sardin
-Ikan Kering
- Bilis

 Pakej C : Rm10
-Biskut
-Kopi / teh
-Kicap

Salurkan sumbangan anda ke ;

562786058914   Maybank 
Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Wanita Darul Wardah 
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Info lanjut :
013 236 4175 Ustzh Hazlina

 01126209208 Syikin
🌟Sila maklumkan via sms  amaun yg telah dimasukkan



SYUKRAN. JAZAKALLAH.

Tuesday, 17 January 2017

AL FATEH WAJAH BARU


PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI,

KEPADA MEREKA YANG BELUM PERNAH SAMPAI KE MAAHAD TAHFIZ AL FATEH JALAN KEBUN..

Kami masih beroperasi di ......

NO 29 JALAN SUNGAI RASAU 32E/E ,  TAMAN BERJAYA, SEKSYEN 30 SHAH ALAM, SELANGOR

Kami juga masih menerima calon-calon pelajar lelaki  yang ingin menghafaz al Quran dan mendalami ilmu Islam  di sini. 

Sila hubungi ;

019 333 9871 Us Zawawi 

Saturday, 14 January 2017

MAJLIS PELANCARAN LOT BANGLO DI SERI CHEEDING

Seri Cheeding, Kuala Langat - Pelajar Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun telah diundang oleh Al Ansar Properties untuk memeriahkan Majlis Pelancaran Jualan Lot Banglo di sini. Turut hadir ialah Pengarah Eksekutifnya , Dato Seri Hj Khanafi Husin ( Sahabat alumni SAMTTAJ ). 
Kami telah dijamu dengan menu istimewa iaitu sate dan kambing bakar yang sangat lazat. 
"Syukur al hamdulillah. Rezeki hujung minggu" kata anak-anak al fateh. 




Pihak Syarikat juga bermurah hati bersedekah kepada semua pelajar dan anak yatim yang hadir sebagai satu tanggungjawab korporat kepada golongan yang memerlukan bantuan dan sokongan. 



Pihak Maahad juga ingin menawarkan kepada anda yang berminat untuk memiliki satu tapak rumah yang sangat berbaloi dan sangat berpotensi tinggi di masa depan ;

1. Berhampiran lebihraya  SKVE
2. Hanya 10 minit dari Rimbayu
3. Hanya 15 minit ke Kota Kemuning
4. Siap infra - jalan berturap, parit dan paip
5. Sila hubungi wakil anda untuk keterangan lanjut ;

019 3339871 : US ZAWAWI