Friday, 30 December 2016

TAWARAN KEMASUKAN SESI 2017

ASKM WRT WBT


Pihak pentadbiran ini membuka tawaran kemasukan sesi 2017 ke MAAHAD TAHFIZ AL FATEH JALAN KEBUN ;

LELAKI : 7 KEKOSONGAN
PEREMPUAN : 5 KEKOSONGAN


UMUR MINIMUM : Untuk pelajar lelaki dan perempuan , had unur bermula 12 tahun hingga 15 tahun

KANDUNGAN PEMBELAJARAN :

AKADEMIK/ KURIKULUM
- Hafazan Al Quran
- Hafazan Doa dan zikir ( teori & praktikal )
- Tauhid
- Akhlak
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris

KO-KURIKULUM
- Kelas Khat
- Kelas Khitabah
- Sukan dan riadah
- perkhemahan Tahunan
- Lawatan Sambil Belajar
- Masak hujung minggu
-Sambutan Ramadhan
- Ziarah Aidil fitri
- Kemahiran Bela diri - Silat dan Memanah

PENDAFTARAN DAN SARINGAN

019 3612 708 US ANAS ZAINAL
017 2510 477  US AFIQ




SELAMAT KEMBALI KE MEDAN PERJUANGAN

Askm wrt wbt

Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun bercuti hingga 2 Januari 2017 . 

Semua pelajar akan kembali semula ke asrama pada 2 Januari sebelum jam 6.30 petang. 

Mohon perhatian kepada semua ibubapa untuk menghantar anak-anak anda mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan. 

Kerjasama dan keprihatinan anda amat kami hargai. Sekian. Wassalam.


SELAMAT KEMBALI KE MEDAN PERJUANGAN


Monday, 5 September 2016

ALHAMDULILLAH ..TANAH TELAH TERJUAL


AL HAMDULILLAH

SYUKUR KEPADA ALLAH..

TANAH KAMI TELAH DIBELI ...



SOLD...SOLD...SOLD.....SOLDDDD

SEDIA MENERIMA AGIHAN KORBAN

S E L A M A T 
    MENYAMBUT HARIRAYA AIDIL ADHA


"Semangat berkorban ini menjadi inspirasi 
untuk kita sedia berkorban"

NOTA : Pihak Kami sedia menerima agihan daging / tulang  korban untuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun. 



Sila hubungi pihak kami : 019 361 2708  Us Anas 



 



Sunday, 4 September 2016

Banyak yang ingat, tapi banyak yang lupa



    Zaman sekarang banyak yang mengejar dunia, tapi banyak juga yang menjauh dari akhirat. Mereka ingat mencari bekal di dunia, tapi lupa mencari bekal di akhirat. Mereka ingat untuk hidup dengan baik, tapi lupa untuk mati dengan baik.

     Ingat kawan, ada lima perkara yang harus diingat sebelum datangnya lima perkara.1. Muda sebelum tua. 2. Kaya sebelum miskin. 3. Sihat sebelum sakit. 4. Lapang sebelum sempit. 5. Hidup sebelum  mati.

    Jangan asyik ingat kepada dunia, tapi ingat juga kepada akhirat sana. Kerana urusan kita di tanganNya. Jangan jadi macam mertua si Syawal, "kekayaan,kesenangan dan kebahagiaan terletak di tangan bapak". Ingat, jangan sampai rumah kata pergi, kubur kata mari. 


Saturday, 3 September 2016

JALAN KEBUN : LOT BANGLO UNTUK DIJUAL

BERITA BAIK UNTUK ANDA !!!


TAPAK RUMAH LOT BANGLO UNTUK DIJUAL 

KELUASAN : 80' X 90' ( 7000 /Kps 
STATUS : RIZAB MELAYU
GERAN : KONGSI GERAN
LOKASI : SIMPANG 3 , LORONG HJ MUGHNI, JALAN KEBUN
KEMUDAHAN : DEKAT SEKOLAH, MASJID, PASAR, KLINIK DLL
HARGA : RM190,000.000 SAHAJA.
berminat : Call / whastapp : 019 3339871 


Syukur Al Hamdulillah. Kami telah dihadiahi dengan sekeping tanah wakaf dilokasi yang sangat strategik . Walaupun hanya keluasan dua tapak rumah namun ianya adalah sesuatu anugerah Allah dari sumber yang tidak disangka-sangka." Kata salah seorang murid al Fateh : " Masya Allah .Inilah kuasa Solat Dhuha !"

"Tanah ini kalau Ustaz nak jual, saya tak kisah. Duitnya boleh gunakan untuk membiayai kos pembinaan bangunan Maahad Tahfiz Al Fateh yang lebih perlukan dana untuk segera siap" ujar seoran lelaki budiman yang menemui Ustaz Mohd Zawawi , Mudir Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun selepas kami semua usai solat Isyak berjamaah di Masjid An Naim. 
" Saya mohon supaya identiti saya dirahsiakan. Saya dah beritau semua anak-anak saya tentang tanah yang saya nak wakaf tu." tambahnya lagi.



ANAK-ANAK AL FATEH KERJA AMAL DI HARI SUKAN TUNAS BUDI


           21 Ogos 2016 ; Hari Ahad yang lepas telah diadakan hari sukan di Padang Rakyat di Kampung Jalan Kebun.   Kali ini acara sukan hanya melibatkan anak-anak pra sekolah sahaja.  Manakala pelajar-pelajar menengah mereka  diminta untuk membantu menjayakan hari sukan. Mereka diminta untuk memastikan kelancaran acara tersebut seperti menjadi pengadil bagi setiap acara dan memastikan kebersihan kawasan selepas acara berakhir.

Murid-murid di Tadika Tunas Budi seramai 200 orang telah mengambil bahagian dalam berbagai acara sukan yang sangat meriah dan penuh warna-warni. Ramai ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak masing-masing.
" Anak dah merengek suruh datang, terpaksalah saya datang" "Ini anak sulung saya. Dia bersemangat nak berlari dah!" " Kita kena beri sokongan kepada anak-anak kita. Hadirkan diri  dan beri sokongan kepada dia" begitulah respon ibubapa yang hadir ketika ditanya tentang anak-anak mereka.

            Ini adalah sebahagaian dari usaha mereka untuk melatih mereka melakukan kerja amal kebajikan dan melatih mereka lebih bersikap ringan tangan. "Daripada duduk bersenang-lenang ketika hari cuti, lebih baik mereka diberikan tugasan" Kata Mudir Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Us Mohd Zawawi Mughni. "Sesungguhnya orang yang diberi tugas yang banyak itu lebih baik dari orang yang tidak diberikan tugas. Orang yang diberikan tugas tidak akan mempunyai masa untuk berkhayal, kerana mereka terlalu sibuk" ujarnya lagi.






IMPIAN AL FATEH MULA JADI NYATA



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Kecil tapak tangan, dataran al fateh saya tadahkan"


" sesiapa yang melakukan amal walaupun kecil  sebesar zarah, 
nescaya nanti akan diperlihatkan  oleh Allah SWT.

Kami sedia menerima INFAQ dari anda sama ada batu dan pasir, papan dan kayu, simen dan besi serta semua bahan binaan yang dapat melengkapkan projek ini.






Kerja-kerja menanam cerucuk sudah seminggu bermula. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun diselang-seli dengan hujan dan angin ribut kencang.


UJIAN AIR

Masya Allah...

Sudah lima hari di Maahad kami tiada air kerana kata Syabas ada paip pecah yang besar di Kawasan PJ. Kami terpaksa mengangkut air dari Jalan Kebun dengan menggunakan kuda besi . Pada hari khamis yang lalu hujan  lebat dan ribut melanda. Air turun mencurah-curah. Hari ini juga, hari sabtu, hujan turun lagi mencurah-curah. Tetapi air dipaip masih tidak keluar-keluar juga.

Aduan kepada puspel sudah dibuat tapi masih belum ada perubahan positif. Tekanan rendah katanya. Akhirnya anak-anak al fateh (  lelaki ) terpaksa balik rumah untuk mengurangkan tekanan hidup tanpa air.

Begitulah manusia ketika berdepan dengan ujian . Hati yang sabar dan redha pastinya dapat menghadapi segala kesulitan dengan hati yang tenang dan tidak keluh kesah. Segala kepayahan dan ketidak selesaan dihadapai dengan penuh kesabaran. Mulutnya tidak merungut dan sentiasa menyalahkan  takdir dan semua perkara yang berlaku adalah atas ketentuan ALlah SWT. 

 Bagaimana kita pula respon dan reaksi kita ketika berdepan dengan ujian Allah ? 

Thursday, 18 August 2016

Berjalan Menimba Pengalaman

Dalam perjalanan ke Pondok Moden Gontor di Ponorogo, kami menziarahi seorang sahabat lama yang pernah kami kenali di al Azhar Mesir iaitu Ustaz Yoni Wahyudi ( Berjambang ). Beliau seorang anak muda yang bersemangat tinggi dan sentiasa ceria, sangat suka berbagi ilmu dan pengalaman.
Beliau kini sedang mengusahakan tanaman buah Tin dan Kedai makan. 
Tag line kedai makannya HARGA KAKI LIMA, RASA BINTANG LIMA ..mantoub Pak Ustat!Belia menjadi teman perjalanan sekaligus sebagai supir sepanjang musafir kami ini..Syukran ya akhi..

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pondok 'Isy Kariman di Karangpandan, Solo. Kami bertemu dengan seorang lagi ilmuan muda yang gigih membangun sebuah institusi pendidikan yang hebat dipinggir kawasan pergunungan. Permandangan sekitar dan suasananya sangat indah dan udaranya begitu nyaman sekali. Lokasinya tidak jauh dari objek wisata ,Air terjun Grojokan sewu ."Hanya beberapa minit sahaja dari Pondok " Kata Ustaz Shihab .

  "Ustaz Shihabuddin  ( berbaju putih ) bersama temannya al marhum Ustaz Badruttamam dan lainnya berkorban masa, tenaga dan segalanya untuk membangunkan institusi hingga jadi seperti ini" Kata seorang santri yang kami temui. 

" Disini, selain menghafaz Al Quran , kami juga memperkenalkan aktiviti sunnah seperti berkuda dan memanah. Waktu rehat dan hujung minggu santri akan digunakan untuk menunggang kuda dan berlatih memanah" ujarnya lagi.

Mendampingi Ulama' Besar Syria ,Syeikh Prof Dr Wahbah Az Zuhaily

Ketika hayatnya Syeikh Prof Dr Wahbah Zuhaili , seorang ulama' besar dari Syria yang pernah menghasilkan karya agung Tafsir Al Munir dan Kitab Islami wa adillatuh pernah bertamu ke Malaysia. Beliau dijemput oleh Kerajaan Malaysia sebagai penerima anugerah tokoh Maal Hijrah satu ketika dulu.

Dalam satu siri jelajah ilmuan yang dianjurkan, Ustaz Mohd Zawawi Mughni ( MOZAM ) telah diminta untuk menjadi penterjemah kepada kuliah yang disampaikan oleh Syeikh di Yayasan Selangor. 

Beliau menyatakan bahawa, masanya banyak dihabiskan untuk menekuni karya besar yang ditinggalkan untuk umat ini . " Ketika bertugas sebagai pensyarah di Qatar, saya menulis 8 jam sehari untuk menyiapkan kitab Tafsir al Munir " ujarnya . Begitulah gigihnya seorang alim dan sarjana ulung yang komited dengan ilmu dan dakwah hingga ke akhir hayatnya. 

Semoga Allah merahmati almarhum syeikh yang telah menemui Tuhannya beberapa bulan yang lalu. Amiiin.

Mendampingi Ulama' Besar Syria ,Syeikh Prof Dr Wahbah Az Zuhaily

Ketika hayatnya Syeikh Prof Dr Wahbah Zuhaili , seorang ulama' besar dari Syria yang pernah menghasilkan karya agung Tafsir Al Munir dan Kitab Islami wa adillatuh pernah bertamu ke Malaysia. Beliau dijemput oleh Kerajaan Malaysia sebagai penerima anugerah tokoh Maal Hijrah satu ketika dulu.

Dalam satu siri jelajah ilmuan yang dianjurkan, Ustaz Mohd Zawawi Mughni ( MOZAM ) telah diminta untuk menjadi penterjemah kepada kuliah yang disampaikan oleh Syeikh di Yayasan Selangor. 

Beliau menyatakan bahawa, masanya banyak dihabiskan untuk menekuni karya besar yang ditinggalkan untuk umat ini . " Ketika bertugas sebagai pensyarah di Qatar, saya menulis 8 jam sehari untuk menyiapkan kitab Tafsir al Munir " ujarnya . Begitulah gigihnya seorang alim dan sarjana ulung yang komited dengan ilmu dan dakwah hingga ke akhir hayatnya. 

Semoga Allah merahmati almarhum syeikh yang telah menemui Tuhannya beberapa bulan yang lalu. Amiiin.

Impian Si Perintis

       "Kenapa nak buat tahfiz? Baik buat kandang kambing, lepas tu bela sampai banyak. Dah banyak nanti boleh jual". Itulah pertanyaan yang ditanyakan kepada Ust. Zawawi selaku pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh. Maka beliau menjawab, "cuba tengok budak-budak zaman sekarang, akhlak dan perangai dah melampau".

      Memang kalau difikirkan kembali, moralitas anak-anak zaman sekarang semakin merisaukan. Apalagi ditambah dengan kemudahan media yang tujuannya mendekatkan yang jauh, tetapi sekarang menjadi terbalik. Yang dekat menjadi semakin jauh. Anak-anak semakin jarang bersosial dengan masyarakat sekitar. Bahkan ada yang tidak tahu nama jiran sebelah.

      Mungkin dengan alasan ini, beliau ingin  melahirkan anak-anak muda yang berjiwa berani untuk maju ke hadapan seperti Al Fateh. Zaman sekarang, anak-anak disuruh maju untuk menyampaikan sepatah dua kata, memang satu atau dua kata yang keluar. Beliau berharap, dengan tahfiz ini akan membentuk karakter naka-anak menjadi lebi berani seperti Al Fateh. 

Wednesday, 17 August 2016

Program Aku Teruna Terhebat ( ATT )


Anak-anak al Fateh mengikuti siri senaman pagi bersama dengan peserta-peserta Program Aku Teruna Terhebat ( ATT ) yang dianjurkan oleh LPPKN dengan kerjasama Darul Wardah ( Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah di Kem Bumi Jati , Klang . Program tersebut disertai oleh 80 orang remaja dari beberapa maahad tahfiz sekitar Klang .

Program jatidiri dan pengukuhan kemahiran soft skill ini sangat penting untuk membentuk watak dan peribadi unggul yang dicita-citakan . Mohon doa restu semua, semoga impian kecil ini menjadi satu kenyataan benar satu masa nanti.


Amiiin

Tenangkan Hati Dengan Al Quran


Ketika hati merasa resah dan gelisah
ketika hati merasa bingung dan bengong
ketika hati merasa kalut dan serabut
ketika hati menjadi panas dan hangat 

Mari kita tenangkan hati
Membaca Al Quran
Tadabbur Al Quran
Hayati Al Quran

Hidupmu akan aman
Bahagia


MOZAM 

Tuesday, 16 August 2016

Kuda besi Alfateh

Assalamualaikum pembaca semua..

     Ketika Alfateh pergi untuk berperang, dia akan menunggang seekor kuda. Tetapi zaman sekarang susah hendak lihat orang yang naik kuda. Kalau ada yang menunggang, itu pun hanya beberapa orang berada. Bercakap  pasal kuda, tahfiz Alfateh juga mempunyai seekor kuda. Tetapi bukan kuda hidup. Kudanya adalah sebuah van tua yang buruk.

     Van itu adalah pemberian wakaf dari seorang hamba Allah yang berbaik hati. Mungkin dengan wakafnya ini, Allah akan memberi rahmat yang melimpah kepada beliau. Jangan pernah ragu untuk memberi, kerana Allah telah memberikan janjinya dalam al-Quran 'satu biji akan menumbuhkan tujuh tangkai, dan setiap tangkai mempunyai seratus biji'.

     Van ini telah banyak memberi jasa kepada tahfiz Alfateh. Banyak jasanya seperti mengangkut anak-anak tahfiz Alfateh untuk menunaikan solat jumaat, membeli bahan-bahan memasak, membawa anak-anak ke acara gotong-royang di acara perkahwinan, ke majlis pesta buku, dan banyak lagi.
Walaupun di usianya yang sudah tua, van ini banyak berjasa.

      Dengan banyaknya jasa van ini, maka dibuatkan senuah pantun untuknya.

           Kededub kededab bunyi kuda Alfateh,
           Vrom vroomm bunyi van tua Alfateh,
           Lain abad lain zaman,
           Tapi sama berkhidmat untuk Alfateh.
Van yang diwakafkan.
Dalam proses cat semula.



Monday, 15 August 2016

Impian dan Harapan dari Al Fateh

Assalamualaikum.....

         Kepada pembaca semua yang belum mengenali Maahad Tahfiz Alfateh Jalan Kebun pastinya tertanya-tanya apa dan siapa dia pengasas pondok tahfiz ini. Kalau hendak tahu, Maahad Tahfiz Alfateh ini diasaskan oleh Ust. Mohd Zawawi selaku pengasas tahfiz Alfateh Jalan Kebun. Beliau adalah seorang trainer consultant yang berwawasan luas dan mempunyai visi. Anak kampung Jalan Kebun ini sudah berkeluarga dan mempunyai lima orang anak lelaki. berkelulusan universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang bahasa arab dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang kaunseling. Mempunyai pengalaman sebagai seorang guru selama 10 tahun. Kemudian berhenti dan menjadi seorang full trainer.


         Ada asap kerana ada api. Wujudnya tahfiz Al fateh juga pasti ada penyebabnya. Apabila ditanya, jawapannya cukup penuh visi dan ambisi. Mungkin ramai dari kita yang mengenali sesosok figur tauladan yang diberi nama Sultan Muhammad Alfateh. Nama tahfiz diberi bercirikan sosok ini kerana beliau adalah seorang pemuda yang berani, mahir, seorang hafiz, rajin beribadah,dan mempunyai jiwa seorang pemimpin. Ini adalah ciri-ciri yang hendak diterapkan kepada anak didik di tahfiz tersebut, ujar beliau.
    
         Walaupun disebut tahfiz, bukan berarti pelajarnya hanya melakukan kegiatan hafalan. Tetapi mereka juga mempunyai pembelajaran tambahan seperti mempelajari bahasa Arab, Inggeris, tadabbur al-Quran, communication skill, dan banyak lagi. Mereka juga banyak didedahkan dengan aktiviti luar seperti bersilat, menghadiri kursus, gotong-royong dan lain-lain.

      Jumlah anak didik yang sedang menuntut sekarang berjumlah 16 putera dan 20 puteri. Walaupun jumlahnya masih sedikit, tahfiz ini tetap harus berjalan. Memang perjalanan ilmu itu susah, tetapi bagi yang ikhlas dan mahu menuntut ilmu, semua itu tidak apa kerana dia tahu itu adalah yang terbaik bagi dirinya. Banyak ulama' dan pejuang kebenaran yang dipenjara, tetapi kata 'putus asa' tidak ada dalam kamus hidup mereka. Moga dengan ini Maahad Tahfiz Alfateh akan terus maju, makmur dan barokah.Amin. Nantikan kisah suka-duka tahfiz Alfateh di lain waktu.


Pelajar putera Alfateh

      


INFO TERKINI

Assalamualaikum wrt wbt

Pihak pentadbiran terpaksa membuka laman sawang ke dua kerana laman sawang pertama MAAHAD TAHFIZ AL FATEH JALAN KEBUN menghadapai masalah teknikal. Pihak kami akan menggunakan laman baru ini sebagai saluran baru untuk sebaran informasi dan hebahan berita dari kami.


Sekian, Terima-kasih


ADMIN